Halaman

Jumaat, 28 Januari 2011

Hutangku pada ibu,,,

kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah..
pada wajahmu yang menanggung resah,,
laut keringatmu yang membanting tenaga..
dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa,,
dan buaianku hinggalah dewasa...

kini aku terpaku dalam lelah safar kehidupan,,
meneguk kesusahan,,ujian demi ujian,,
entah bilakan reda,,
IBU...
cuba ku padam hitam yang mencabar semalam..
tika ku gamit cerah esok yang masih berbalam.,.
dan hari-hariku yang terus-terusan mencengkam
IBU..
apakah aku terlalu 
pada deritamu yang aku relakan,,
pada jeritan batinmu yang aku pekakkan,,
pada sengsara jiwamu yang tak pernah,,
aku belaikan,,
IBU,,
hutang anakmu ini TERLALU!!