Halaman

Jumaat, 12 Ogos 2011

cerita yang terlalu menyayatkan hati aku.

satu masa dulu, ada seorang lelaki bernama Abdul Hassan yang pergi menunaikan haji. Ketika tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.


 " demi ALLAH, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, aku pasti dia tidak pernah berasa risau dan bersedih hati."


tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abdul Hassan lalu dia bertanya.


" Apakah katamu, hai saudaraku? Demi Allah, aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan tidak seorang pun yang menyekutuiku dalam hal ini."


Abu Hassan bertanya, " bagaimana hal yang merisaukan kamu?"


wanita itu menjawab, " pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan ketika itu aku yang mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya. ' hai adikku, sukakah kalau aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?' jawab adiknya.,' baiklah kalau begitu, ' Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihnya leher adiknya itu. Dia yang merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar, kemudian lari ke bukit yang mana di sana dia dimakan oleh serigala. Lalu ayahnya pergi mencari anaknya sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas. Ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga menuju ajalnya. Dan kini aku tunggal sebatang kara di antara kamu semua."